WASHINGTON 9 Okt. – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjuran pertumbuhan global buat kali pertama sejak Julai 2016 kepada 3.7 peratus berbanding 3.9 peratus unjuran awal dibuat tiga bulan lalu. Ketua Ekonomi IMF, Maurice Obstfeld berkata, pengurangan unjuran itu dibuat susulan ketegangan perdagangan semakin meningkat dan tekanan dalam pasaran baharu muncul. Katanya, meskipun ekonomi global masih di landasan betul untuk mengatasi kadar direkodkan pada tahun lepas, namun ia merupakan yang…










