SULAWESI TENGAH – Hasrat anak-anak mangsa gempa di pedalaman Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah, untuk “bertemu” Upin dan Ipin menjadi kenyataan hari ini dalam sesi program psikosial dijalankan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia. Walaupun dua karakter kartun popular dari Malaysia itu tidak diterbangkan secara fizikal, Pasukan Tindakan dan Bantuan Persatuan Perubatan Islam Malaysia (Imaret) menggunakan pendekatan kreatif untuk merealisasikan hasrat anak-anak kecil itu. Mereka membawa kertas mewarna khas Upin dan Ipin yang dicetak di Malaysia dengan tertera di atasnya “Kerana Kita Bersaudara” iaitu kempen NGO itu untuk membantu mangsa-mangsa gempa dan tsunami sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya