KUALA TERENGGANU 20 Okt. – Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Darul Iman (Iman Care) meneruskan komitmen dalam meringankan penderitaan 25,000 pelarian Syria dekat wilayah Hatay, Turki menerusi misi bantuan musim sejuk yang digerakkan bermula hari ini hingga 29 Oktober. Ketua delegasi, Dr. Suhazeli Abdullah berkata, inisiatif dengan disertai 14 sukarelawan yang merupakan tradisi tahunan pertubuhan itu sejak enam tahun lalu bertujuan membantu kumpulan pelarian mempersiapkan diri terutama dalam menghadapi musim sejuk melampau. Katanya, selain menghulurkan bantuan barangan seperti baju sejuk, selimut, bahan pemanas, makanan dan perubatan, misi kali ini turut membawa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya