Iktiraf LGBT sebagai jenayah - Utusan Malaysia

Iktiraf LGBT sebagai jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI 5 Okt. – Himpunan Kebangkitan Ummah Perak yang berlangsung hari ini antara lain mengemukakan resolusi mendesak kerajaan supaya meminda segera peruntukan sedia ada yang dilihat gagal menyekat kebanjiran premis-premis maksiat.

Pengarah program, Datuk Khalil Idham Lim Abdullah berkata, undang-undang sedia ada yang lemah itu merangkumi akta membabitkan pusat judi dan hiburan, jualan arak serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Gejala sosial terus berleluasa, malah akhir-akhir ini, kegiatan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seolah-olah diberi ruang atas nama hak asasi manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Islam sangat melarang keras aktiviti yang tidak bermoral itu, maka kami menuntut agar kerajaan segera mengiktiraf LGBT sebagai jenayah dalam undang-undang negara dan wajib diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan 10 resolusi pada himpunan tersebut yang mendapat sokongan 57 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di hadapan Kompleks Pendidikan Madrasah Al Akhlak Al Islamiah, anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Sekretariat Ummah, Aminuddin Yahaya; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Antara resolusi lain yang dipersetujui termasuklah pemerkasaan undang-undang syariah di negara ini selain mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja Melayu, bahasa Melayu, agama Islam, tanah rizab Melayu serta kontrak sosial sebagai pembinaan negara bangsa.

Sementara itu, Razman berkata, himpunan berkenaan perlu diadakan bagi membangkitkan kesedaran mengenai penghakisan kuasa Melayu Islam berdasarkan komposisi kaum dalam kerajaan negeri ketika ini.

Beliau berkata, sebanyak 19 daripada 30 kerusi yang dimenangi oleh kerajaan Pakatan Harapan di Perak, diwakili oleh wakil rakyat bukan Islam walaupun majoriti penduduk di negeri ini merupakan Melayu Islam.

“Jadi, kita berharap mereka yang menguasai kerajaan ini supaya mengambil kira kaum majoriti dan jangan melebihi kehendak golongan majoriti ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini