KUALA KANGSAR – Identiti lima mangsa yang maut selepas rentung dalam kemalangan tragis di Kilometer 255.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Terowong Menora di sini Sabtu lalu telah dikenal pasti. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua identiti mangsa diperolehi melalui keputusan ujian asid deosiribonukleik (DNA) dari Jabatan Kimia Petaling Jaya, Selangor semalam. “Hasil ujian padanan DNA daripada mangsa dan waris, polis…










