IIDEX 2018 memartabatkan idea luar biasa pengamal sains hasilkan produk yang membawa impak maksimum kepada masyarakat dan negara. DEWAN Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor begitu meriah dengan kehadiran hampir 3,000 orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Ekspo Reka Cipta, Inovasi dan Reka Bentuk (IIDEX) 2018 yang berlangsung selama lima hari itu mendapat sambutan luar biasa terutamanya daripada peminat sains dan teknologi. Ruangan pameran sains…










