Ibu muda bosan dengar tangisan bunuh bayi - Utusan Malaysia

Ibu muda bosan dengar tangisan bunuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA 26 Okt. – Seorang ibu muda melakukan lebih 100 carian dalam internet tentang cara ‘mati serta-merta’ dan ‘kes bayi hilang’ sebelum membunuh ba­yinya berusia empat minggu dalam tab mandi.

Jenna Folwell, 19, ditahan polis kerana disyaki membunuh bayinya yang ditemukan dalam beg hitam di pangsapurinya di Chandler di sini.

JENNA FOLWELL
JENNA FOLWELL 

Lapor portal Mirror, ma­yat bayi lelaki itu ditemukan selepas remaja berkenaan menghubungi polis untuk memaklumkan anaknya dilarikan individu tidak dikenali di sebuah taman.

Dia mendakwa sedang meletakkan anaknya dalam kereta dan secara tiba-tiba seseorang datang dari arah belakang menyerkup kepalanya kemudian me­larikan bayi tersebut.

Polis melancarkan gerakan mencari besar-besaran di kawasan itu, namun me­nemukan bayi berkenaan di pangsapuri milik Jenna.

Berdasarkan pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek yang dirampas polis, mereka mendapati remaja itu telah melakukan carian dalam internet tentang tempoh untuk bayi lemas dalam air.

Menurut polis, remaja itu kemudian menukar ke­nyataan dengan mengaku menipu tentang penculikan tersebut dan menyembunyikan mayat anaknya dalam sebuah beg.

BAYI lelaki mati akibat dilemaskan oleh ibunya.
BAYI lelaki mati akibat dilemaskan oleh ibunya. 

Terdahulu remaja itu mem­beritahu polis, keja­dian tersebut berlaku ketika dia dan anaknya mandi bersama-sama, namun dia pengsan secara tiba-tiba, apabila ter­sedar mendapati anaknya sudah tidak bernyawa.

Ketika ditanya anggota pe­nyiasat tentang carian dalam internet itu, Jenna mengakui mempunyai niat untuk membunuh anaknya dengan cara melemaskan­nya kerana bosan mende­ngar bayi itu menangis.

Remaja itu juga mendakwa, setelah kira-kira se­minit membunuh anaknya, dia merasa menyesal dan cuba memberi ban­tuan pernafasan kepada bayi itu tetapi terlambat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN