Ibu Afdlin Shauki meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ibu Afdlin Shauki meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 15 Okt. – Ibu kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Datuk Afdlin Shauki iaitu Fadzilah Jelani dikhabarkan telah meninggal dunia setelah beberapa kali menjalani rawatan akibat diserang penyakit jantung.


FOTO kenangan Afdlin bersalaman dengan ibunya ketika sambutan Aidilfitri lalu.

Perkhabaran itu disampaikan oleh rakan baik beliau, Datuk AC Mizal menerusi akaun Facebook miliknya kira-kira sejam lalu.


Pada April lalu, Afdlin pernah berkongsi status dalam akaun media sosialnya bahawa Fadzilah pernah menjalani rawatan di Unit Kardiologi Hospital Serdang.


Bagaimanapun, usaha Utusan Online menghubungi Afdlin untuk mendapatkan maklumat terperinci masih belum berhasil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN