SEPANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencadangkan kepada kerajaan untuk meminda Akta Kastam 1967 untuk mengenakan tindakan hukuman sebatan dan denda minimum RM100,000 terhadap mereka yang menjual rokok dan arak seludup. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, denda hukuman yang lebih berat itu bertujuan untuk mengekang penjualan rokok dan arak seludup di negara ini. “Dengan pindaan akta itu, penjual yang menjual satu karton rokok seludup akan dikenakan…










