Hukuman gantung perlu dikekal – PBPM - Utusan Malaysia

Hukuman gantung perlu dikekal – PBPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Kerajaan diminta mengkaji semula hasrat untuk menghapuskan pelaksanaan­ hu­­kuman gantung sampai mati kerana dibimbangi berlaku pe­ningkatan dalam kes jenayah berat.

HUSSIN AWANG NGAH

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Hussin Awang Ngah berkata, sebagai pengetahuan, hukuman mati hanyalah dikenakan kepada pesalah dadah atau kes bunuh yang dianggap berat dan tidak boleh dimaafkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, hukuman tersebut adalah mandatori iaitu sebagai pengajaran atau iktibar kepada masyarakat untuk tidak mengu­langi kesalahan sa­ma.

“Dua kesalahan ini wajar dikenakan hukuman mati ke­rana kesalahan adalah pilihan mereka dan berniat mahu melakukan kesalahan tersebut.

“Sepatutnya hukuman gantung sampai mati perlu dipertahankan dan dikekalkan demi kesejahteraan negara,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Men­teri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan ber­hasrat memansuhkan hukuman gantung sampai mati dan menggantikannya dengan penjara seumur hidup.

Hussin berharap usaha memansuhkan hukuman mati tidak bersifat berkepentingan politik dan demi merealisasikan impian individu tertentu.

Katanya, keselamatan umum harus diberikan keutamaan berbanding memenuhi kehendak politik yang tiada kesudahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini