Huawei lancar telefon pintar siri Huawei Mate 20 - Utusan Malaysia

Huawei lancar telefon pintar siri Huawei Mate 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka, Kumpulan Perniagaan Pelanggan Huawei (Huawei) melancarkan peranti terbaharu mereka iaitu siri Huawei Mate 20 di London, Britain hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Richard Yu, peranti yang dilengkapi dengan teknologi terkini itu menjadi penanda aras kepada telefon pintar lain yang berada dalam pasaran.

“Telefon pintar merupakan peranti yang penting dalam dunia digital dan siri Huawei Mate 20 direka supaya menjadi teman terbaik kepada pelanggan kami.

“Ia mampu menguasakan kehidupan mereka dengan kepintaran lebih tinggi, jangka hayat bateri tiada tandingan serta pertasi kamera yang mengagumkan,” katanya ketika majlis pelancaran peranti tersebut hari ini.

Huawei Mate 20 yang dikuasakan cipset Kirin 980 dipadankan bersama unit pemprosesan pusat (CPU) Cortex-A76 dan unit pemprosesan grafik (GPU) Mali-G76 mampu memberikan prestasi berkuasa tinggi hingga 75 peratus lebih kuasa CPU, 46 peratus lebih kuasa GPU dan 226 peratus lebih kuasa unit pemprosesan neural (NPU).

Selain itu, peranti tersebut juga didatangkan dengan tiga kamera Leica di bahagian belakang masing-masing beresolusi 12 megapiksel (MP) bagi lensa utama, 16MP lensa ultra luas dan 8MP lensa telephoto.

Manakala di bahagian hadapan peranti yang mempunyai saiz skrin 6.53 inci itu dilengkapi kamera selfie beresolusi 24MP.

Semetara itu, Huawei Mate 20 mempunyai kapasiti storan 128 gigabait (GB) dengan pilihan memori sama ada 4GB atau 6GB.

Peranti Huawei Mate 20 didatangkan dengan bateri berkapasiti besar iaitu 4,000mAh dan menyokong fungsi pengecasan pantas SuperCharge.

Selain Huawei Mate 20, Huawei turut melancarkan tiga model lain dalam siri sama iaitu Huawei Mate 20 Pro, Huawei Mate 20 X dan Huawei Mate 20 RS rekaan Porcshe. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN