JOHOR BAHRU 8 Okt. – Hasrat Malaysia untuk meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Sultan Johor tidak kesampaian apabila diaibkan 1-6 di tangan juara bertahan, Australia di Stadium Hoki Taman Daya, di sini malam tadi. Bangkit daripada kekalahan mengejut 1-2 kepada Jepun, skuad bimbingan Chris O’Reilly mempamerkan aksi bertenaga dan hasilnya berjaya memperoleh jaringan awal pada minit ke-8 menerusi gol padang yang disudahkan Hayden Beltz. Alec Rasmussen menambah jaringan buat Australia menerusi gol padang yang…










