KUALA LUMPUR – Polis hari ini merekodkan keterangan aktivis sosial, Hishamuddin Rais berkaitan sebuah artikel yang dimuat naik di blognya pada 18 September lalu. Ia susulan satu laporan polis yang dibuat oleh pekerja kepada salah seorang individu yang disebut dalam artikel berkenaan baru-baru ini. Hishamuddin berkata, beliau dipanggil untuk memberikan keterangan pada pukul 2.30 petang. “Saya hanya menjawab soalan berkaitan peribadi dan artikel tersebut sahaja. “Perkara berkaitan siasatan kes tersebut hanya akan dijawab di dalam mahkamah,” katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini hari ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya