Himpunan bantah gaji minimum - Utusan Malaysia

Himpunan bantah gaji minimum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Sekumpulan 100 orang hadir di bangunan Parlimen hari ini bagi menyatakan bantahan terhadap kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 yang dilaksanakan kerajaan.

Mereka terdiri daripada kira-kira selain 17 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Bantahan yang diketuai Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), J. Solomon itu bermula seawal 10.30 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…
Demonstrasi bantah gaji minimum
SEBAHAGIAN pekerja sektor swasta yang hadir mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenaikkan minumum RM1050 dihadapan Bangunan Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Kumpulan tersebut kemudian berarak ke pintu masuk Parlimen dengan membawa kain rentang dan poster tertera perkataan-perkataan Bantah 1050, Jangan Miskinkan Pekerja, Majikan Kaya dan Pekerja Merana.

Turut serta dalam bantahan tersebut ialah bekas Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.

Menteri turun berjumpa penunjuk perasaan
MENTERI Sumber Manusia M. Kulasegaran turun berjumpa dengan sebahagian pekerja-pekerja sektor swasta yang hadir mengadakan demonstrasi secara aman membantah kenaikkan minumum RM1050 dihadapan Bangunan Parlimen hari ini. – UTUSAN ONLINE/SAIFUL BAHARI ASHARI

Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran kemudian hadir bertemu wakil kumpulan tersebut sebelum mengajak mereka mengadakan pertemuan secara formal di dalam bangunan Parlimen.

Ketika ini perbincangan antara kedua-dua pihak sedang dijalankan.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan kadar gaji minimum yang seragam di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini