KUALA LUMPUR 3 Okt. – Segmen bual santai secara live di media sosial Facebook Utusan Online, Jom Chat malam ini mengundang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Hetty Sarlene.
Menjadi salah seorang peserta bagi sebuah program pertandingan realiti televisyen, Gegar Vaganza musim kelima (GV5), selebriti yang kini berusia 34 tahun yang namanya pernah masyhur dalam industri hiburan Malaysia, pasti banyak yang mahu diperkatakan olehnya.
Apa tah lagi, Ahad lepas merupakan episod pertama bermulanya persaingan GV5 dan minggu ini, Hetty bersama 11 peserta lain, akan bersaing untuk memastikan diri tidak tersingkir awal daripada pertandingan.
Mengimbas sedikit perjalanan karier seni Hetty Sarlene, beliau pernah melahirkan dua album debut iaitu pada tahun 2000 dan 2001.
Album sulungnya berjudul Hetty Sarlene manakala album kedua, Tiada Lain.
Hetty Sarlene juga pernah merakamkan sebuah lagu duet dengan Anuar Zain yang berjudul Demi Cinta Kita. Selain Anuar Zain, rakan artis lelaki yang pernah merakamkan sebuah lagu duet dengan Hetty Sarlene ialah Rem menerusi lagu berjudul Hampa.
Para peminat Hetty Sarlene, jangan lupa daftar masuk ke Facebook Utusan Online, like page dan tonton secara live, Jom Chat dengan Hetty Sarlene pada pukul 9 malam ini. – UTUSAN ONLINE










