PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu menghentikan sikap meminggirkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental sebaliknya hendaklah membantu mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Menurutnya, dilaporkan kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia akan menghadapi masalah kesihatan mental dalam tempoh hayat mereka dan tinjauan pada 2017 oleh Kementerian Kesihatan mendapati 18,336 orang menderita tekanan perasaan di pelbagai peringkat berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu. “Pada…










