Hatrik Dybala julang Juventus - Utusan Malaysia

Hatrik Dybala julang Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 3 Okt. – Paulo Dybala menjadi sumber inspirasi kepada kemenangan Juventus selepas meledak hatrik untuk membantu pasukannya menang 3-0 ke atas Young Boys dalam aksi Liga Juara-Juara meskipun ketiadaan penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo.

PAULO DYBALA – AFP

Kemenangan itu membolehkan Juventus menduduki tangga teratas Kumpulan H dan Ronaldo tidak dapat diturunkan selepas penyerang Portugal itu digantung perlawanan berikutan dilayangkan kad merah ketika menewaskan Valencia 2-0 pada aksi pertama.

Ketiadaan Ronaldo dimanfaatkan sepenuhnya oleh Dybala berikutan kewujudannya sering dipandang sepi apabila membuka tirai jaringan menerusi rembatan voli seawal minit kelima sebelum meledak gol kedua pada minit ke-33 dan kemudian melengkapkan hatrik pada minit ke-69.

“Saya mahu perlawanan seperti ini. Seorang pemain sentiasa mahukan aksi seperti ini. Musim lalu prestasi saya berada di arah bertentangan di mana saya bermula dengan menjaringkan banyak gol dan kemudian hilang rentak.

“Diketepikan menyebabkan saya bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuh jadi saya ada kelebihan sekarang,” kata pemain berusia 24 tahun itu.

Juventus mengekalkan rekod kemenangan selepas sembilan perlawanan pada musim ini, tujuh aksi liga dan dua Liga Juara-Juara.

“Kami turun beraksi tanpa Cristiano dan jika dia ada keadaan mungkin lebih mudah namun kami perlu kekal sebagai satu pasukan yang hebat walaupun tanpa dia,” kata penyerang Argentina itu lagi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN