Hati Elly Mazlein sudah dimiliki? - Utusan Malaysia

Hati Elly Mazlein sudah dimiliki?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 38, secara terbuka mengakui, hatinya kini sudah dimiliki.

ANAK Elly Mazlein, Putria Sara Sefhia mesra dengan seorang lelaki yang dilabel sebagai papa baharu.

Pengakuan terbuka yang dimuat naik oleh Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi dalam Instagram miliknya semalam turut disertakan dengan foto seorang lelaki memegang tangan anak tunggalnya, Putria Sara Sefhia, 2.

Dalam kenyataan itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu memperkenalkan lelaki itu sebagai papa kepada Sefhia dan juga teman lelakinya.

“Ini Papa ya…Boyfriend mama. Sambil tangan memetik bunga kekwa sambil menyelit bunga itu di cuping telinga. Moga bahagia milik Putri Sara Sefhia dengan lelaki baharu dalam hidupnya,” tulisnya yang mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom.

Selain memuat naik kenyataan itu, Elly turut bertanya pandangan warganet mengenai gelagat kanak-kanak apabila bertemu dengan orang baharu.

“Kakak Lina nak tanya, anak ni kalau ada papa baharu dia, mama memang kena pandai-pandai bawa diri ya? Memang tak laku ya? Memang tercampak ya? Kalau nak makan tak nak duduk dekat baby chair, mesti nak duduk dekat riba papa.

“Lepas tu asyik nak dukung saja, tak mahu jalan,” tanyanya dengan tanda pagar #TqPapaBaru dan #AwanNano.

Tujuan penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu bertanya soalan itu kepada warganet ialah kerana dia belum pernah berhadapan dengan situasi di mana anaknya lebih mesra dengan orang lain.

Pertanyaan dan kenyataan yang penuh teka-teki Elly itu mendapat sambutan daripada warganet.


Rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah kepada Elly yang sah bercerai dengan bekas suami,Azmi Hatta pada 15 Oktober 2015.

Kebanyakan peminat melahirkan rasa gembira dengan perkembangan terkini Ellya dan mendoakan agar dia cepat-cepat mendirikan rumah tangga.

Komen Shyaada, Insya-Allah ada yang lebih baik Allah sediakan. Moga bahagia milik kak Lina dan Sefhia. Nampak kacak saja kak, bakal papa baharu Sefhia ni. Heheheh. Cepat naik pelamin ya! Aamin.

Seorang lagi peminat, mrs_ridwan88 pula menulis, “Waaa kak Lina Pompom nak makan nasi minyak ya. Hehehe, semoga berbahagia kak @iamellymazlein ya…Untung Sefhia ada papa baharu.

Sementara itu, usaha Utusan Online menghubungi Elly untuk mendapatkan komennya tidak berjaya kerana panggilan serta kiriman mesej WhatsApp tidak berbalas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN