KUANTAN 5 Okt. -Hasrat Allahyarham Mohd. Fatah Hashim, 34, seorang daripada enam anggota bomba yang maut dalam operasi mencari dan menyelamat di lombong berhampiran Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, malam kelmarin untuk membeli rumah bagi keselesaannya bersama keluarga tersayang tidak kesampaian. Isterinya, Noor Nadia Kamaludin, 29, berkata, mereka bersama dua anak, Nur Medina Aisya, 3, dan Muhammad Meqa Al-Asyraf, 2, tinggal menyewa di Kampung Delek, Klang, Selangor dengan bayaran RM500…










