PADANG BESAR – Hasrat 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini untuk mencari pekerjaan bagi memperbaiki taraf kehidupan mereka pada masa depan tidak tercapai apabila dicekup Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis pada 3 Oktober lalu dan hari ini. Komander Aksem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, dua kes berasingan itu merangkumi 22 warga Myanmar iaitu 11 individu pada 3 Oktober lalu dan baki 11 lagi…










