KUALA LUMPUR 15 Okt. – Pengurangan dalam pendapatan negara yang dianggarkan sebanyak RM21 bilion ekoran pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan ditampung melalui hasil berkaitan petroleum, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Beliau berkata, untuk tahun 2018, hasi negara dianggarkan akan berkurangan sebanyak RM21 bilion selepas anggaran kutipan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk tempoh September sehingga Disember tahun ini hanya RM4 bilion. Ini kata Guan Eng akan menyebabkan negara kehilangan hasil cukai berasaskan kepenggunaan bersih berjumlah RM17 bilion bagi tahun 2018. Bagaimanapun kata beliau, pengurangan kutipan cukai akibat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya