MELAKA – Skuad Harimau Malaya tewas tipis 0-1 kepada Republik Kyrgyz di laman sendiri pada perlawanan persahabatan kelas A di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi. Skuad bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe bermula garang apabila melakukan asakan bertubi-tubi ke gawang lawan namun gagal menghasilkan gol sehingga akhir permainan. Gawang gol pasukan Republik Kyrgyz diuji dengan serangan merbahaya yang dilakukan oleh penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-29 dan 43…










