Harimau Malaya rebah
di Melaka - Utusan Malaysia

Harimau Malaya rebah
di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAJAT skuad Harimau Malaya untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi pemanas badan tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 kepada Republik Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi.

Gol tunggal pasukan pelawat itu hadir menerusi Bekzhan Sagynbaev pada minit ke-66 ketika Kyrgyzstan beraksi dengan 10 pemain pada babak akhir permainan selepas Iusupov Mustafa dilayangkan kad kuning kedua berbaki 10 minit terakhir perlawanan.

Skuad negara sebelum ini melakar kemenangan 3-1 ke atas Kemboja dan menewaskan Sri Lanka 4-1 sebagai persiapan untuk mengharungi kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) bulan depan.

Pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe bakal mengakhiri sesi perlawanan persahabatan bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 3 November depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN