HAJAT skuad Harimau Malaya untuk melakar kemenangan ketiga berturut-turut dalam aksi pemanas badan tidak kesampaian selepas tewas tipis 0-1 kepada Republik Kyrgyzstan di Stadium Hang Jebat, Melaka malam tadi. Gol tunggal pasukan pelawat itu hadir menerusi Bekzhan Sagynbaev pada minit ke-66 ketika Kyrgyzstan beraksi dengan 10 pemain pada babak akhir permainan selepas Iusupov Mustafa dilayangkan kad kuning kedua berbaki 10 minit terakhir perlawanan. Skuad negara sebelum ini melakar kemenangan 3-1…










