Hapus rasa takut ketika beriadah - Utusan Malaysia

Hapus rasa takut ketika beriadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Wanita Berdaya (IWB) mendapati 54.9 peratus daripada 725 wanita berasa tidak selamat apabila bersiar-siar di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, wanita yang mengambil bahagian dalam kajian pada tahun lalu itu berusia 18 tahun ke atas.

Katanya, dalam kajian itu juga, 15 peratus responden menyatakan rasa sangat tidak selamat.

“Hakikat ini perlu diakui dan kita harus menghapuskan perasaan takut wanita itu dengan meningkatkan ciri keselamatan bagi mengelakkan kes jenayah seperti ragut dan cabul.

“Ini termasuk de­ngan pencahayaan yang cukup di jalan raya, penyediaan koc lebih ba­nyak untuk wanita bagi pengangkutan awam dan saiz tandas yang lebih besar,” katanya pada sidang akhbar selepas sambutan Hari Peranca­ngan Bandar Sedunia peringkat Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN