ARAU 29 Okt. – Hanya salah faham. Begitu penjelasan seorang Ahli Parlimen dari negeri ini yang disyaki mencabul seorang gadis bawah umur, baru-baru ini. Ahli Parlimen tersebut berkata, beliau langsung tidak mempunyai niat menyentuh remaja tersebut selain memaklumkan sudah lama mengenali keluarganya yang telah bertindak membuat laporan polis selepas itu. “Ini semua salah faham sahaja antara mereka. Sewaktu kejadian yang kononnya didakwa cabul itu bukan berlaku di tempat yang sunyi…










