Hanya RM2 juta dikutip, diskaun kompaun DBKL tidak capai sasaran - Utusan Malaysia

Hanya RM2 juta dikutip, diskaun kompaun DBKL tidak capai sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 September lepas. 

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, kutipan itu amat mendukacitakan memandangkan kerajaan menyasarkan pulangan kutipan keseluruhan menerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta.

“Kami menyasarkan jumlah kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacitakan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 September,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Flag Off’ ‘Kuala Lumpur Car Free Morning’ di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarkan DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.

Berdasarkan itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakkan pesalah trafik menjelaskan kompaun mereka dengan kadar segera selain mengelakkan tindakan senarai hitam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini