KUALA TERENGGANU – Kerajaan Negeri Terengganu diterajui Pas mengeluarkan garis panduan baharu bagi program kesenian dan kebudayaan di negeri tersebut yang menetapkan hanya lelaki boleh melakukan persembahan nyanyian dan tarian pada acara terbuka. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, penyanyi dan penari wanita pula boleh melakukan persembahan melibatkan acara tertutup sahaja. “Ia tidak bermakna wanita tidak boleh terlibat langsung dalam persembahan pentas. Contohnya, ada beberapa…










