KUALA LUMPUR – Pelakon dan penerbit popular, Datuk Hans Isaac mengakui namanya telah disenarai pendek sebagai calon Pengerusi bagi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). Hans, 47, bagaimanapun memberitahu tidak dapat mengesahkan lagi jawatan berkenaan kerana sedang menunggu pengumuman dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). “Benar saya ada menghadiri beberapa siri temuduga lebih kurang sebulan lalu, tetapi saya belum tahu keputusannya lagi. “Selain saya terdapat beberapa individu lain yang hadir…