SUZUKA, Jepun 7 Okt. – Jaguh Formula Satu (F1), Lewis Hamilton dinobat sebagai pemenang dalam aksi Grand Prix Jepun sekali gus membolehkan dia mendahului kedudukan pelumba dengan 67 mata yang mencerahkan peluang pelumba Mercedes memburu gelaran dunia buat kali kelima. Pencabar terdekat Hamilton, pelumba Ferrari, Sebastian Vettel sekadar menamatkan aksi di tempat keenam manakala tempat kedua menjadi milik Valtteri Bottas daripada pasukan Mercedes. Tempat ketiga milik Max Verstappen daripada pasukan…










