Hamidah akan mengadakan jelajah di seluruh negara - Utusan Malaysia

Hamidah akan mengadakan jelajah di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Okt.- Isteri Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis akan mengadakan jelajah di seluruh negara dalam terdekat bagi memberikan penjelasan berhubung isu-isu semasa di peringkat akar umbi.

Menurut Hamidah, selain menerangkan berkenaan penahanan suaminya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, beliau juga mengadakan pertemuan bersama generasi anak muda bagi mengembalikan jati diri mereka yang kini semakin hilang arah.

“Bonda terpanggil untuk berbuat demikian untuk memberikan penerangan sejarah kepada anak muda terutamanya sejarah negara mencapai kemerdekaan.

“Itu yang bonda akan lakukan memandangkan pemimpin masa kini sibuk mengejar kekayaan dan kuasa hingga mengabaikan anak muda yang telah hilang arah dan jati diri,” katanya dalam sidang akhbar selepas program solidariti Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di hadapan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN