Hafizh gesa Yamaha selesai masalah jentera - Utusan Malaysia

Hafizh gesa Yamaha selesai masalah jentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Masalah jentera yang gagal mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan menjadi kebimba­ngan pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah menjelang Grand Prix Thailand di Litar Buriram yang buat pertama kali menganjurkan perlumbaan MotoGP di negara tersebut, hujung minggu ini.

“Sejak dua atau tiga perlumbaan yang lalu kami terpaksa bergelut dengan motosikal. Kami kini berdepan situasi sukar dengan Yamaha, jadi saya amat berharap mereka dapat memperbaiki mana-mana kelemahan pada jentera bagi membolehkan kami bersaing untuk mendapatkan keputusan yang lebih bagus.

“Saya amat berharap dapat berlumba dengan baik sekali gus melakukan kebangkitan untuk terus mengutip mata. Saya yakin bahawa pasukan sedia untuk bekerja keras, jadi kami akan terus berusaha dan tidak sesekali berputus asa,” kata Hafizh yang dipetik kenyataannya menerusi laman web rasmi, Monster Yamaha Tech 3 di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengulas mengenai perlumbaan di Thailand, anak muda berasal dari Ampang, Sela­ngor itu berkata dia mempunyai kenangan manis di negara Gajah Putih itu kerana permulaan kariernya sebagai pelumba MotoGP berlaku di sana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini