JAKARTA – Pembinaan empangan hidroelektrik bernilai AS$1.6 bilion (RM6.6 bilion) di Indonesia yang mengancam habitat orang utan paling jarang ditemui di dunia, mencetuskan kebimbangan baharu berhubung impak inisiatif infrastruktur global China terhadap alam semula jadi. Empangan itu dibina di Hutan Hujan Batang Toru, Pulau Sumatera yang menjadi habitat tunggal kepada orang utan Tapanuli. Ia menyimpan kira-kira 800 spesies baru ditemui tersebut. Dijangka beroperasi menjelang tahun 2022, projek itu akan melintasi…










