Gusti lengan eratkan semangat setiakawan - Utusan Malaysia

Gusti lengan eratkan semangat setiakawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Sukan gusti lengan sudah bertapak di Malaysia kira-kira 20 tahun lalu dan ia telah melewati silih generasi yang terus menghidupkan budaya sukan itu.

Menurut salah seorang ahli Persatuan Gusti Lengan Putrajaya, Muhammad Faiz Razin, 21, dia sudah menyertai sukan itu sejak lima tahun lalu.

“Selain dapat mengukur kekuatan seseorang, gusti lengan dapat mengeratkan semangat setiakawan.

“Ia mungkin nampak seperti sekadar untuk berseronok namun jika diperhalusi, banyak nilai-nilai positif seperti percaya pada diri boleh ditemui menerusi sukan ini,” katanya ketika ditemui Utusan Online dalam program Hari Sukan Negara 2018 peringkat kebangsaan di KL Sport City, Bukit Jalil.

Mengulas tentang sukan gusti ini, Hairul Nazri, 37, yang merupakan jurulatih Persatuan Sukan Gusti Lengan negeri Selangor berkata, terdapat tiga teknik yang boleh digunakan untuk menewaskan pihak lawan.

“Antaranya adalah teknik gulung, cangkuk serta tekan. Namun begitu, ia tetap bergantung kepada kekuatan serta kemahiran peserta gusti lengan itu sendiri,” katanya.

Jelas Hairul lagi, pelbagai kejohanan sukan gusti lengan telah diadakan selama ini dan secara prinsip, sukan jenis ini sama sahaja seperti sukan-sukan lain.

“Yang penting, hubungan sesama pemain dapat dieratkan sekali gus mampu terus mengekalkan gaya hidup yang sihat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN