KUALA LUMPUR 11 Okt. – Sebanyak 45 wanita warga asing yang disyaki menggunakan aplikasi WeChat bagi menawarkan khidmat seks ditahan dalam dua serbuan di Puchong Jaya, dekat sini semalam. Operasi yang dilaksanakan oleh 15 pegawai dari Unit Operasi Khas (QRT), Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen itu dijalankan bermula pukul 1.45 pagi. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, wanita warga asing yang ditahan merupakan 44 warga Vietnam dan seorang warga Indonesia. Menurut beliau, pihaknya turut menahan lima lelaki tempatan yang bertindak sebagai penjaga serta disyaki ‘tonto’ yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya