Gubal kod etika untuk wakil rakyat DAP - Utusan Malaysia

Gubal kod etika untuk wakil rakyat DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Okt. – DAP kini sedang menggubal satu kod etika sebagai garis panduan khas terhadap wakil rakyat mereka sama ada yang diberi tanggungjawab sebagai Exco kerajaan negeri atau sebaliknya.

Naib Pengerusinya, Chow Kon Yeow berkata, antara yang terkandung dalam kod atau peraturan itu termasuk sejauh manakah penggunaan sumber kerajaan dibenarkan untuk melakukan aktiviti parti.

“Sebenarnya, saya telah diberi tanggungjawab tersebut (menggubal kod etika DAP) dengan dibantu oleh dua wakil rakyat lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tapi jangan tanya saya bila siap sebab nanti saya akan ‘hilang kawalan’,” katanya dengan nada berseloroh ketika diminta mengulas mengenai seorang Exco Kerajaan Negeri Melaka yang berkasar dengan penduduk tempatan baru-baru ini.

Kon Yeow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2018 peringkat negeri di Kompleks Belia dan Sukan Batu Uban di sini, hari ini.

Tambah beliau, isu di Melaka itu bagaimanapun telah selesai sepenuhnya dan lebih kepada urusan peribadi bagaimana seseorang wakil rakyat itu menguruskan hal ehwal masyarakat di sekelilingnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini