LIVERPOOL, England 8 Okt. – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memohon maaf kepada penyerang Gabriel Jesus selepas menafikan haknya untuk melakukan sepakan penalti yang menyaksikan Manchester City seri 0-0 menentang Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi. Sewaktu perlawanan tersebut penyerang kebangsaan Brazil itu telah bersedia untuk melakukan sepakan penalti namun Guardiola memberi arahan kepada Benjamin Mendy agar memberitahu Riyad Mahrez supaya mengambil sepakan tersebut. Bagaimanapun, peluang City…










