ESENYURT (Turki) 2 Okt. – Lebih ramai golongan ilmuan dan ahli akademik di seluruh dunia diharap dapat tampil memberi pemahaman sebenar tentang ajaran Nabi Muhammad SAW yang begitu menitikberatkan kesejahteraan, kemakmuran dan keharmonian sejagat. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, Rasulullah merupakan perintis terbaik ke arah perkara itu, dengan semua ajaran baginda berdasarkan kepada elemen belas kasihan dan kelembutan. Titah baginda, prinsip ajaran Nabi Muhammad SAW adalah jauh daripada kekerasan dan pertumpahan darah yang sering kali didakwa oleh mereka yang kurang berpengetahuan. “Hatta keharmonian dan kesejahteraan alam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya