ISKANDAR PUTERI 23 Okt. – Lima pemain Malaysia antara 350 pemain golf amatur yang memberi saingan pada pusingan akhir Kejohanan Golf Amatur Dunia (WAGC) ke-24 di empat kelab golf di negeri ini, bermula hari ini hingga Jumaat (26 Okt). Pengerusi penganjur, Lokman Ishak berkata kelima-lima pemain itu ialah Loh Junyou, Azwan Abu Bakar, Sufian Riba, Datuk Jamaluddin Abdul Razak dan Zannuar Md Dum. Junyou akan bermain bagi kategori A (handicap…










