PUTRAJAYA 8 Okt. – Pakej-pakej baharu yang ditawarkan empat syarikat telekomunikasi (telco) seperti dilaporkan semalam didapati tidak menurunkan harga perkhidmatan kepada pelanggan sedia ada. Menteri Kommunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ini bermaksud bahawa pelanggan sedia ada tidak dapat menikmati manfaat daripada pakej-pakej baharu tersebut dengan serta-merta. Selain itu, tambahnya, beliau mendapati bahawa tiada cadangan dibawa untuk mengatasi masalah pengguna perkhidmatan Streamyx yang baginya perlu ditangani dengan kadar segera.…










