ALOR SETAR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan notis perintah tutup premis ke atas sebuah gerai laksa kebok di Kupang di Baling dekat sini kerana disyaki mempunyai kaitan dengan 19 kes keracunan makanan termasuk melibatkan dua kematian baru-baru ini. Penutupan premis tersebut berkuat kuasa pukul 9 pagi kelmarin di bawah Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Berdasarkan notis yang dikeluarkan, gerai laksa di Kampung Landak, Kupang itu…










