KUALA LUMPUR 8 Okt. – Polis menumpaskan geng curi motosikal dengan menahan empat remaja dalam Op Cegah Jenayah di sekitar Pandan Indah, Ampang semalam. Kesemua remaja berusia 12 hingga 14 tahun itu ditahan kira-kira pukul 10.30 malam oleh anggota dari Balai Polis Pandan Indah. Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamza Alias berkata, dua daripada remaja terbabit ditahan di Jalan Mewah Utara, Pandan Mewah ketika menaiki sebuah motosikal jenama Modenas…










