Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali - Utusan Malaysia

Gempa bumi 6.0 magnitud landa Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALI – Satu gempa bumi berukuran 6.0 pada Skala Richter melanda Pulau Bali, Indonesia pada awal pagi Khamis. Pusat gempa ialah di Laut Bali kira-kira 40 kilometer dari penghujung timur Pulau Jawa, menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat. Bali merupakan tuan rumah kepada mesyuarat tahunan pegawai tertinggi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dihadiri 12,000 hingga 15,000 peserta dan acara sampingan Perhimpunan Pemimpin ASEAN (ALG). Gempa bumi itu mengakibatkan penghuni dan pengunjung pulau peranginan itu panik sebentar tetapi tiada kerosakan besar atau ancaman tsunami dilaporkan. – Bernama

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN