Gelombang merah 'serang' Mahkamah Kuala Lumpur - Utusan Malaysia

Gelombang merah ‘serang’ Mahkamah Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pintu masuk Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini dipenuhi ‘lautan merah’ selepas puluhan individu memakai baju-T merah hadir bagi menyatakan sokongan serta mengikuti prosiding pendakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan tiba pada pukul 7.15 pagi bagi menyatakan sokong terhadap Zahid.

Turun kelihatan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Kosmo! semalam melaporkan Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Pendakwaan terhadap Zahid dijangkan akan dilakukan pada pukul 9.30 pagi nanti. – K! ONLINE

Sebahagian penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setia menanti di luar Mahkamah Kuala Lumpur pagiSebahagian penyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi setia menanti di luar Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini bagi memberi sokongan kepada beliau yang akan berdepan beberapa pertuduhan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN