IPOH – Kejadian letupan dan gegaran kuat yang berlaku di beberapa kawasan di bandar raya ini bukan berpunca daripada kejadian gempa bumi. Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Alui Bahari berkata, tiada sebarang isyarat atau amaran gempa diterima melalui alat pengesan gempa bumi. Jelasnya, beliau menafikan sebarang kejadian gempa bumi yang berlaku di negeri Perak dan gegaran itu tidak mempunyai kaitan dengan gempa bumi di Indonesia. “Letupan itu bukan satu kejadian…










