Ganjaran menanti Bos Gaurus - Utusan Malaysia

Ganjaran menanti Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Okt. – Seluruh pasukan Perak bakal menerima ganjaran jika berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia dengan mengalahkan Sabah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim berkata, jumlah insentif akan diumumkan Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dalam sesi bertemu pemain Bos Gaurus esok.

Katanya, insentif itu untuk akan memberi suntikan semangat selain nilai tambah untuk pemain beraksi lebih bersemangat seperti mana pada aksi suku akhir kedua menentang PKNS tempoh hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada siapa meletak harapan untuk Perak melangkah ke separuh akhir dan kita buktikan kita boleh menewaskan PKNS meskipun tidak pernah mengalahkan mereka sebelum ini

“Saya lihat pemain amat bersemangat dan bertambah yakin, malah hubungan pemain bertambah jitu. Saya mengharapkan kehadiran seluruh rakyat Perak untuk sama-sama menyokong pasukan kita Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Teknologi Digital Asia Pasifik dan Pameran Teknologi Digital Antarabangsa 2018 di sini, hari ini.

Kata Hasnul Zulkarnain lagi, paling penting Perak perlu mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri menentang Sabah dalam separuh akhir pertama Ahad ini sebelum beraksi di Likas.

Menurutnya, meskipun tidak pernah bertemu Sabah musim ini kerana lawan beraksi dalam Liga Perdana, namun beliau yakin Perak mampu melaka rkemenangan.

“Sudah tentu saya gembira dengan kejayaan ke separuh akhir kerana kali terakhir Perak layak perlawanan akhir pada tahun 2007.

“Ini adalah masa yang terbaik untuk kita mengulangi kejayaan itu seperti mana yang diharapkan rakyat Perak.

“Apabila kita melangkah ke separuh akhir ini, sasarannya sudah tentu melangkah ke perlawanan akhir. Kalau ikut formasi yang ditetapkan jurulatih, saya percaya Perak mempunyai peluang cerah untuk beraksi di pentas final,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini