KUCHING – Seorang gadis maut selepas motosikal jenis Honda EX5 yang ditungganginya terbabas ke dalam parit di Simpang Kampung Semban, dekat Padawan awal pagi tadi. Dalam kejadian pukul 3.28 pagi itu, Felicia Freda George, 20, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Ennasthasa Lydia Pika, 22, cedera ringan. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang tidak bekerja sedang dalam perjalanan ke Kampung Braang Bayur…










