Forum 'Homeless Generation' esok - Utusan Malaysia

Forum ‘Homeless Generation’ esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Okt. – Angkatan Demokrasi Milenial Bersekutu (MUDA) akan menganjurkam forum bagi membincangkan mengenai polemik tentang pemilikan rumah yang membelenggu golongan muda pada masa ini.

HOMELESS GENERATION
HOMELESS GENERATION 

Forum yang bertajuk ‘Homeless Generation’ yang dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini diadakan di Paperwalls, Pusat Komersial Bayu Tasek, Kota Southkey di sini esok bermula pukul 2 petang.

Forum itu menampilkan dua pemimpin muda, iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan serta Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perkhidmatan hartanah, hartabumi.com. Radzi Tajuddin.

Pengarah Program, Noor Azleen Ambros berkata, polemik itu bukan sahaja berlaku di negara ini malah merupakan fenomena global dalam kalangan generasi-Y dan milenial di seluruh dunia yang hangat dibincangkan.

Menurutnya, isu mengenai pemilikan rumah itu sangat penting dan kritikal memandangkan masih ramai dalam kalangan generasi muda belum dan tidak mampu memiliki rumah masing-masing disebabkan oleh pelbagai faktor.

“Kebetulan, kerajaan Pakatan Harapan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membentangkan penambahbaikan terhadap Dasar Perumahan Negara sedia ada dalam masa terdekat.

“Justeru, sangat bersesuaian masanya untuk kita membincangkan secara sihat dan intelektual polemik ini dan rumusan mengenainya wajar dijadikan input bagi dasar yang baharu nanti,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Justeru, orang ramai khususnya golongan muda daripada pelbagai latar belakang dan profesion diajak untuk menyertai forum tersebut yang diadakan secara percuma serta boleh berkongsi pendapat dan suara mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN