Festival seni anak kota - Utusan Malaysia

Festival seni anak kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Okt. Penganjuran Festival Seni oleh Kuala Lumpur Divercity 2018 baru-baru ini memberi peluang kepada kanak-kanak di Perumahan Awam (PA) Seri Tioman 1 di sini terlibat dalam pelbagai acara seni dan kebudayaan.

Penolong Pengarah program, Nurhanani Md Husaini berkata, latihan selama 12 minggu yang disediakan oleh tenaga pengajar dalam bidang teater dan tarian mendapat sambutan baik daripada seluruh masyarakat PA.

“Tujuan festival ini dianjurkan adalah untuk memberi pendedahan pendedahan kepada anak-anak yang tinggal di perumahan ini mengenai persembahan seperti teater, tarian zapin dan pelbagai aktiviti seni.

“Program ini juga merupakan wadah baharu yang boleh dikembang untuk melibatkan golongan muda dalam aktiviti yang bermanfaat sekali gus menjauhi masalah sosial, ” katanya dalam majlis yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad, baru-baru ini.

Sementara itu, Pe­ngerusi Persatuan Penduduk, Aminuddin Mustapha ber­kata, program itu merupakan landasan yang baik untuk mencungkil bakat anak-anak kota selain menyediakan mereka saluran.

“Saya berbangga bakat ditunjukkan mereka terutama dalam bidang fotografi yang mendapat penglibatan paling ramai di bawah tenaga pengajar profesional.

“Saya mewakili ibu-bapa peserta berterima kasih kepada penganjur kerana pendedahan serta pengalaman seperti inilah yang kami mahu untuk membentuk anak-anak di sini,” ujarnya.

Penduduk, Noorul Huda Hassan, 34, berkata, penglibatan kanak-kanak dalam festival itu memberi peluang kepada mereka meningkatkan potensi diri dan mengejar impian mereka.

Katanya,pendedahan dalam latihan, perbincangan dan persembahan membantu mereka meningkatkan keyakinan diri, nilai kepemimpinan, kebolehan berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN