Felcra umum CEO baharu - Utusan Malaysia

Felcra umum CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad hari ini mengumumkan Mohd. Nazrul Izam Mansor, 43, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharunya.

Pengerusinya, Datuk Nageeb Wahab berkata, perlantikannya akan berkuat kuasa Isnin menggantikan penjawat sebelumnya, Datuk Zulkarnain Md Eusope yang tamat perkhidmatannya hari ini.

Beliau berkata, selain telah mendapat pengesahan Pejabat Perdana Menteri, lantikan itu turut dipersetujui bersama Zulkarnain dengan lembaga pengarah untuk tempoh penamatan kontraknya selama tiga tahun yang sepatutnya  berakhir pada Julai 2019.

“Hasil pengalaman luas Mohd. Nazrul Izham lebih 20 tahun dalam pelbagai bidang termasuk korporat dan sebagai akauntan bertauliah, adalah diharap beliau dapat memberikan komitmen penuh untuk meletakkan Felcra maju  dan mencapai tahap yang lebih tinggi.

“Kita juga mengucapkan penghargaan kepada Zulkarnain di atas sumbangan beliau ketika mengetuai agensi ini dan secara peribadi, jasa beliau selama ini amat dihargai Felcra,” katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Lantikan CEO di Wisma Felcra Setapak, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN